Undang Undang Laut Melaka Pdf Free

Book Reviews •书评 Book Reviews书评 Liaw Yock Fang, A History of Classical Malay Literature. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), 2013. Liaw Yock Fang antara nama yang begitu besar dalam bidang kesusasteraan dan bahasa. Sumbangan terbesarnya adalah menerusi penghasilan buku kesusasteraan Melayu klasik dan beberapa karya lain yang telah memberikan warna sebenar terhadap dunia kesusateraan Melayu. Hingga kini beliau dirujuk sebagai pakar dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu tradisional atau klasik.

May 31, 2018 - Based on the published version of Undang-Undang Melaka, the text consists of six parts dealing among others with maritime.

Karya-karyanya adalah cerminan kepada asal usul kewujudan kesusasteraan Melayu klasik dan memberikan kita satu medium yang amat berguna dalam memerhatikan kehidupan orang-orang Melayu dan bagaimana kehidupan orang-orang Melayu ini dapat mencorak dan mempengaruhi sesuatu ketamadunan manusia pada zaman itu. License file matlab 2009a. Sejarah kesusasteraan Melayu klasik adalah pancaran kehidupan masyarakat Melayu yang sememangnya kaya dengan adat resam dan khazanah turun-temurun sejak zaman berzaman lagi. Buku sejarah kesusasteraan Melayu klasik ini digarap dengan penuh terperinci dan kemas oleh penulisnya iaitu memaparkan sejarah serta asal-usul kemunculan kesusasteraan Melayu klasik itu sendiri. Penyelidikan mengenai sastera Melayu tradisional telah dipelopori oleh R.O. Winstedt yang mana beliau telah menerbitkan buku berjudul A History of Classical Malay Literature dan buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 1940.

Pengkaji-pengkaji sejarah telah menggunakan buku ini sebagai buku wajib bagi mereka yang ingin mendalami pengetahuan mengenai kesusasteraan Melayu klasik. Atas dasar inilah penulis menghasilkan buku kesusasteraan Melayu klasik yang mana buku ini telah dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji sejarah Melayu lama.

Buku yang dihasilkan oleh penulis ini juga telah diulang cetak beberapa kali oleh penerbit dan telah dikemaskini malah buku ini juga telah diterjemah kepada bahasa Inggeris bagi memperkembangkan serta memperluaskan lagi skop pemahaman pembaca yang kurang memahami bahasa Melayu. Dalam buku ini, penulis cuba merungkaikan bahawa kesusasteraan lama terdiri daripada dua bentuk iaitu 171 Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 《南方大学学报》第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cerita asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita penglipur lara. Untuk zaman peralihan, sastera Melayu ditandai dengan sastera hikayat. Perkembangan terakhir pada masa sastera Melayu lama adalah munculnya karya sastera jenis syair. Buku ini mengandungi sepuluh bab.

Bab pertama, “Folk Literature” iaitu Kesusasteraan Rakyat menghuraikan mengenai kesusasteraan rakyat atau sastera lisan. Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat dari masa lampau yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya, dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Pada lazimnya sastera rakyat disampaikan melalui pertuturan.

Dreambox dm500s gemini image comics free. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Sastera rakyat dapat dibahagikan kepada lima iaitu cerita asal usul, cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan pantun.

Pdf

Penulis merumuskan bahawa pengaruh sastera rakyat memainkan peranan yang besar dalam mencorak kehidupan dan perlakuan sesebuah masyarakat kerana sastera rakyat dianggap bahan terpenting dalam pendidikan moral, hiburan dan menjadi petunjuk tata tertib dan adab tatatusila dalam pergaulan seharian. Cerita jenaka merupakan salah satu antara sastera rakyat yang acapkali diperdengarkan kepada pembaca yang mana cerita jenaka tersembunyi seribu satu isi tersurat dan tersirat mengenai sikap manusia itu sendiri. Cerita-cerita jenaka seperti Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Si Luncai dan Pak Belalang antara cerita jenaka yang sering diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Cerita jenaka ini bukan sahaja menekankan aspek hiburan semata-mata malah sarat dengan pengajaran dan juga teladan yang amat berguna kepada masyarakat.

Related Post